Wednesday, December 12, 2007

Why 1 divide by 0 is infinity

Dalam topik pertama Additional Mathematics Form 4, pelajar-pelajar akan belajar Topic Function. Terdapat satu bahagian yang saya sendiri sebagai guru belum mendapat jawapan iaitu mengapa 1(atau apa sahaja nombor) bila dibahagi 0 hasilnya adalah infinity.

Kesan kepada konsep ini adalah sangat penting khususnya bagi memastikan sesuatu fungsi dapat ditakrifkan. Atau dengan kata lain "to make sure a function is define, a denominator must be not zero"

Contoh :
x
f(x) = ___ , x =/= 2
x-2
Value of x cannot be 2 to ensure the function is defined.

Menghadiri kursus ESQ (emotional spiritual quotient) membuatkan saya faham dan telah mendapat jawapannya. Alhamdulillah.

Dalam semua agama samada Islam, Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya kita semua percaya bahawa akhirnya Tuhan itu Satu. Di dalam Islam sendiri hal ini memangnya amat jelas malahan terdapat dalam kalimah syahadah yang kita ulang-ulangi membacanya sebanyak 9 kali sehari di dalam solat. Pada masa yang sama, manusia sebenarnya yag amat kerdil di sisi Tuhan yang Maha Hebat mampu Mentadbir Alam ini dengan begitu teratur sekali. Didatangkan matahari waktu siang hari, bagi memudahkan manusia menjalankan aktiviti harian dengan lancar. Bulan pada malam hari dengan sinar yang amat lembut sekali, begitu nyaman dan tidak menyilaukan apabila dipandang mata. Semua ini pasti tidak boleh berlaku tanpa sengaja atau tidak cukup sekadar "it's only a nature". Pasti ada yang mengaturnya dan Dialah Allah yang Maha Esa. Terdapat banyak bukti-bukti kehebatan Allah sebagai pencipta dicatatkan dengan penuh bersejarah di dalam Al-Quran al Karim.

Manusia pula, umumnya manusia itu dilihat mulia apabila mempunyai pangkat, kedudukan, harta kekayaan malahan hidup dalam serba kemewahan atau meterialistik. Tapi sebenarnya yang membahagiakan manusia bukan semua yang berbentuk kemewahan tetapi ia terletak pada "hati yag tenang". Untuk mendapatkan hati yang tenang, sudah pasti materialistik keduniaan perlu dikosongkan di dalam jiwa manusia. Harta benda hanyalah alat untuk mencapai kebahagiaan bukannya tujuan mencapai kebahagiaan. Dalam hal ini, "zero mind process" amat perlu. Manusia perlu mengosongkan jiwanya daripada nafsu keduniaan.

Andaikan bahawa pengangka ( neumirator ) adalah Tuhan iaitu 1 dan penyebut ( denominator) adalah manusia iaitu 0 yang mana jiwanya telah dikosongkan dari nafsu kebendaan, hasilnya ... subhanallah, Rahmah dan Kasih Tuhan yang tidak terhingga nilainya, malahan tidak terhitung banyaknya. Bayangkanlah, jika kita berbuat salah seperti meniru dalam peperiksaan, atau meminta izin keluar ke tandas tapi sebenarnya saja-saja nak berjumpa kawan di luar kelas ataupun mungkin ponteng kelas lalu Allah tiba-tiba putuskan bekalan oksigen dalam udara yang kita hirup, tentu ramai yang dah mati sesak nafas. Allah yag Maha Pengasih tidak pula begitu sifatnya. Manusia iaitu hambanya walaupun telah banyak berbuat salah, Allah tetap masih memberi nikmat kehidupan sebaiknya. Subhanallah, alhamdulillah, astaqfirullah. Inilah yang diwakilkan oleh infiniti iaitu nikmat Tuhan yang tidak terhingga.

Sebagai kesimpulan, Allah yang Satu, Manusia mengosongkan jiwanya dari nafsu duniawi (zero) dan hasilnya Keberkatan hidup yang tidak terhingga. Subhanallah, alhamdulillah, astaqfirullah.

Al-Faqir Ilallah
Cikgu Siti




5 comments:

ummiroses said...

Salam Aini, masyAllah...u are really good! Keep up this good work. Teruslah sebarkan syiar Islam. Mudah2an ramai yang akan menyahut tugasan hidup sebagai hamba Allah yang mempamerkan ciri2 asma'ulhusna. Satria ESQ...go! go! go! Satria ESQ...fight! fight! fight! Satria ESQ....win! win! win! Satria ESQ...165! Satria ESQ...YES!

jauharee said...

Salam k'aini...Subhanallah...sgt betul, mmg infiniti kalau nak dibandingkan kita sbg hambaNya dan kekuasaan Allah serta nikmat yang sgt melimpah...
teruskan dgn dakwah ni k'aini...sama2 la kita...insy!!Allahuakbar...

saj said...

Terima kasih kepada yang memberi sokongan. Cikgu Siti baru nak belajar menulis. Komen kalian cukup membina. Terima kasih.

Mint Mentos 14 said...
This comment has been removed by the author.
Mint Mentos 14 said...
This comment has been removed by the author.

Anda Bijak Jauhi Zina

Anda Bijak Jauhi Zina
“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)