Friday, August 28, 2009

ABJZ di UPSI, 7 Ramadhan 1430 H

Program ABJZ kepada bakal-bakal guru telah diadakan denngan jayanya di Dewan Kuliah A, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 28 Ogos 2009 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1430 H.


Program kali ini telah dianjurkan oleh Pelajar Semester I, Pengajian Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga (ERT), UPSI. Seramai 94 orang siswi telah menghadiri program ini.




Barisan Pencermah, Penasihat Pelajar Dr Fauziah Hanim Bt Abd Jalal dan Peserta-peserta Program Anda Bijak Jauhi Zina.



“Pospond sex until marrige”

Sekitar tahun 1980-an, Negara Amerika telah mengedarkan pil perancang dan kondom secara percuma di sekolah-sekolah bagi tujuan mengurangkan risiko kehamilan tidak dirancang dan mengelakkan dari merebaknya penyakit kelamin di kalangan remaja. Pada ketika itu, remaja di Amerika suka melakukan seks bebas dan pelbagai masalah berlaku akibat cara hidup mereka ini. Kaedah yang diamalkan didapati tidak berkesan. Kini, Amerika mengubah kaedah kepada program pencegahan dengan kempen yang baru iaitu “Pospond sex until marrige”. Begitulah yang al-Quran telah ajarkan sejak 1430 tahun dahulu, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang mungkar" Al-Israq : 32.Slide 11




“ Cinta adalah suatu yang suci…. Jadikan cinta sebagai pemangkin untuk kita

cintakan syahid dalam mengejar kebahagiaan abadi di syurga nanti.”




Peserta-peserta khusyuk mendengar penerangan oleh penceramah-penceramah berpengalaman.




“ Sebelum berkahwin, setiap pasangan mempamerkan perlakuan yang terbaik supaya pasangannya yakin akan kehebatnnya.”




Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan Ilmu Pengetahuan dari masa ke semasa dan ikhlas dalam mendidik anak-anak bangsanya kerana Allah s.w.t.




Cendarahati sebagai tanda bermulanya

Kempen Anda Bijal Jauhi Zina di UPSI


Wednesday, July 22, 2009

Mansuh PPSMI 2012

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 2009 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beberapa perkara ingin saya kongsikan daripada ucap utama Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin.

Empat dasar baru yang diperkenalkan sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia :
1) Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
2) Memperkasa Sukan Sekolah.
3) Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat lulus SPM.
4) Memansuhkan PPSMI mulai 2012 digantikan dengan MBM MBI (Memertabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris).

Dasar 1 :
Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
Senario pada hari ini, pelajar mendaftar terlalu banyak mendaftar matapelajaran dalam SPM dan berlumba-lumba mengumpul sebanyak mungkin A. Ini tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melakukan anjakan iaitu dari sistem peperiksaan kepada sistem penilaian yang lebih menyeluruh ( jasmani, emosi, rohani dan spiritual ). Secara tidak langsung mengabaikan perkembangan pelajar secara holistik. Aspek "soft skill" yang amat penting dikuasai oleh pelajar supaya mampu bersaing dalam pasaran kerja yang sangat kompetatif pada masa ini, hanya dapat direalisasikan melalui suatu sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh . 10 matapelajaran adalah mencukupi bagi menilai kemampuan pelajar dari segi akademik. Secara tidak langsung, tekanan kepada pelajar dapat dikurangkan dan dapat memberi laluan kepada pihak sekolah untuk melebihkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Dasar 2 : Memperkasa Sukan Sekolah.
Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah-sekolah bagi mengurus sukan di sekolah. Institusi Pendidikan Guru untuk melahirkan jurulatih sukan akan diadakan.

Dasar 3 :
Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat wajib lulus SPM.
Rasional : Untuk memastikan anak-anak menguasai BI dengan baik supaya mudah mendapat peluang pekerjaan. Penguasaan BI yang baik juga adalah nilai tambah bagi diri pelajar-pelajar supaya mampu menceburkan diri dalam sektor yang berdaya saing tinggi dan mampu memenuhi pasaran global. Terdapat pihak yang melahirkan kebimbangan terhadap cadangan ini. Keputusan SPM 2008 yang lepas, hanya 26.9% pelajar luar bandar lulus BI. Sekiranya BI adalah syarat wajib lulus SPM, ini bermakna 73.1% pelajar luar bandar akan gagal di dalam SPM. Walaubagaimanapun, kementerian perlu terus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelajar lemah bagi menguasai BI. 'Leveling up' perlu dilakukan kepada pelajar luar bandar supaya turut dapat bersaing dalam pasaran kerja yang kompatatif. Syarat ini masih dalam kajian dan cadangan.

Dasar 4 :
Memansuhkan PPSMI mulai 2012.
PPSMI akan mula dimansuhkan pada tahun 2012 dan pada masa yang sama mengambil tindakan yang drastik untuk memperkukuh BI. Dasar Memertabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBM MBI) diperkenalkan sebagai ganti PPSMI.

Pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk pelajar memahami konsep Matematik dan Sains. Kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa pihak menunjukkan, pelajar lebih mudah memahami konsep Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.

Data rasmi menunjukkan, pencapaian Matematik dan Sains terus merosot semasa PPSMI dilaksanakan. Keputusan UPSR 2008, 30.6% pelajar darjah enam gagal BI. Ini menunjukkan penguasaan BI yang masih lemah. Kesannya, guru-guru menghadapi masalah menggunakan BI di dalam P&P Matematik dan Sains. Hanya 6-8% sahaja guru menggunakan BI melebihi 90% sewaktu mengajar Matematik dan Sains dan peratus ini hanya tertumpu di sekolah bandar.


Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI

dengan alasan anak-anak mereka tetap cemerlang walaupun PPSMI dilaksanakan. Sebenarnya hanya segelintir sahaja pelajar yang dapat menguasai Matematik dan Sains di dalam BI khususnya sekolah yang berada di dalam kawasan 'elit'. Pelajar yang sederhana pencapaian dalam BI juga sukar menguasai Matematik dan sains yang diajar di dalam BI, apatah lagi pelajar yang lemah BI. Hanya 8% sahaja pelajar yang mampu menguasai Matematik dan Sains di dalam BI dalam negara kita. Majoriti pelajar yang sederhana dan lemah akan terus ketinggalan. Situasi 'knowledge defisit' akan berlaku kerana pelajar tidak dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik disebabkan masalah bahasa.

UNESCO memperakui bahasa ibunda adalah bahasa penghantar yang terbaik khususnya di peringkat rendah. UNESCO juga memperakukan matlamat pendidikan untuk semua menggunakan bahasa ibunda.

Insentif khas akan diberikan kepada guru-guru BI yang mengajar di luar bandar.


Catatan;
Cikgu Siti.

Saturday, July 11, 2009

TOT ABJZ PENANG

Alhamdulillah, ABJZ Zon Utara telah berjaya dilaksanakan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 Julai 2009 (Sabtu). Seramai 56 orang peserta telah hadir mengikuti siri latihan ABJZ kali ini. Kursus bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas. Peserta yang hadir termasuklah dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.



TOT ABJZ adalah anjuran bersama RS Pusat dan RS Cawangan (Pulau Pinang). Cik Roha Hassan selaku Pengarah Program, menjadi mengemudi utama program ini. Pn Mardiana dan Pn Inayah dan Jawatan Kuasa Program dari pasukan RS Pulau Pinang berusaha seoptimum mungkin memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan.








Peserta-peserta kursus diberi penekanan tentang mesra dan sayangi remaja apabila menyantuni golongan ini khususnya yang bermasalah.

Kesediaan dari segi ilmu dan maklumat terkini amat dititik beratkan supaya pendekatan yang dilaksanakan lebih sesuai dan berkesan.








Ummi Roses menyampaikan bahan-bahan program yang perlu disampaikan kepada remaja dan belia diselang-selikan pengalaman mengendalikan dan membimbing remaja bermasalah, kembali ke pangkal jalan.

Penyampaian hendaklah dilahirkan dari hati yang ikhlas kerana Allah semata-mata supaya mudah sampai ke dalam sanubari hati anak-anak remaja.









Selain dari TOT ABJZ, kemahiran lain yang perlu dilengkapkan ialah kemahiran membimbing, kemahiran mendengar, kemahiran meneliti luahan perasaan serta mengenalpasti permasalahan sebenar, kemahiran menunjukkan jalan kebenaran dan sabar berusaha walaupun terdapat pelbagai rintangan yang menanti di sepanjang perjalanan.







Musyawarah dan kerja secara berpasukan merupakan kunci kejayaan. Musyawarah adalah sunnah yang diamalkan oleh Ar-Rasul s.a.w sewaktu menyampaikan risalah kebenaran dan melenyapkan kebatilan yang menyelubungi dunia jahiliyyah lebih seribu empat ratus tahun dahulu. Barakah Allah turun bersama-sama barisan yang tersusun kukuh ini. InsyaAllah. Hasil usaha kita serahkan kedanyaNya. Usaha ini adalah sebagai pelepas dari azab siksa api neraka sewaktu hari yang tidak ada sesiapapun penolong buat diri kita.



70 - 80% remaja memperolehi maklumat seks melalui rakan sebaya. Natijahnya, maklumat yang sampai kepada mereka tidak tepat malahan mungkin salah. Sebagai contoh, cara mengelakkan dari mengandung adalah mengadakan hubungan seks semasa haid. Maklumat ini diperolehi seawal usia dua belas tahun. Ada juga yang mengatakan, pancut di luar. Apabila ditanya bagaimana mahu memastikan teman lelaki benar-benar pancut di luar. Mudah sahaja jawapannya, "entah!!!!"





"Kitalah yang seharusnya mendidik dan membimbing anak-anak remaja tentang seks dan cinta. Barulah maklumat yang diberikan betul dan tepat". Ummi Rose dan Ibu Yus merupakan jurulatih utama RS yang terus istiqamah dalam usaha pencegahan dan memberi bimbingan kepada remaja. Hampir tidak menang tangan memenuhi jemputan dan undangan dari pelbagai pihak yang mahu ABJZ dilaksanakan di tempat mereka. Lebih ramai lagi jurulatih diperlukan dalam merialisasikan Gejala Sosial Sifar Menjelang 2020.




Sijil penyertaan hanya diberi kepada peserta yang mengikut kursus TOT ABJZ sepenuhnya. Mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menganjurkan ABJZ di lokaliti masing-masing, disarankan membuat penganjuran program bersama RS. Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah dimulakan oleh RS di bawah Wanita JIM pada tahun 2007 dan kempen ini telah dilancarkan pada 14 Julai 2007 di Cheras, Kuala Lumpur.








Tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan, tidak malu bertanya kepada yang lebih mengetahui dan berpengalaman, itulah sebahagian resepi kejayaan. Peserta dibekalkan bahan-bahan berkaitan ABJZ. Boleh sahaja digunakan dan dibuat penambahbaikan. RS sentiasa sedia melayan pertanyaan dan mengadakan perbincangan demi memastikan keseragaman kualiti program ABJZ berterusan.








Salwati Yaakub dan anak-anak. Walaupun tidak berkesempatan mengikuti TOT ABJZ kali ini, sokongan moral tetap diberikan. Sahabat.... semoga terus sukses dan beroleh PHD seperti yang diharapkan. Jom! menebar peduli kepada anak-anak bangsa......






Cikgu Siti Aini melaporkan.

Monday, May 18, 2009

TOT ABJZ Negeri Sembilan


"Trains Of Trainers" (TOT) ABJZ kembali lagi pada 17 Mei 2009, Ahad bertempat di Pejabat JIM Dataran Senawang, Negeri Sembilan. TOT ABJZ kali ini adalah anjuran Wanita JIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Raudhatus Sakinah.

Pn Hajah Minah Bte Ahmad memulakan Ucapan Aluan dengan penuh bersemangat bagi menceriakan majlis di pagi Ahad. Alhamdulillah, seramai 35 orang peserta yang hadir dan mengambil bahagian. Sasaran kursus adalah kepada guru-guru, kaunselor dan aktivis JIM khususnya bagi Zon Selatan.

K.Yus menerangkan kesan akibat zina yang jarang sekali diketahui atau difikirkan oleh para remaja hari ini. Pengalaman dari fail RS berkenaan pelatih-pelatih RS yang mengalami Sexually Transmitted Disease(STD) seperti Sipilis dan HIV positif turut dikongsi bersama. Bekas pelatih RS yang disahkan HIV positif baru sahaja meninggal dunia di rumah kakaknya pada malam Khamis yang lepas kerana sukar bernafas. Doktor mengesahkan paru-parunya gagal berfungsi. Semoga, almarhumah redha di atas kifarah Allah dan taubatnya diterima olehNya. Al-fatihah.

Para peserta khusyuk mendengar pengisian oleh para 'traners' ABJZ yang didatangkan khas dari RS. Maklumat berkaitan bahan-bahan program ABJZ, tips pengendalian dan penganjuran ABJZ, Persoalan berkaitan Cinta Remaja, Sejarah Kehidupan Manusia dikongsi bersama bagi membantu para peserta dalam melebar luaskan kempen ABJZ kepada masyarakat khususnya remaja .

Ummi Roses sedang menyemak dan mengemaskini bahan 'presentation'. Siap siaga dan sentiasa bersedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam melayani karenah remaja serta menyantuni golongan GenY agar menjauhi diri dari perkara-perkara yang menghampiri Zina. "If you can't fight them, you join them". Begitulah sewajarnya cara fikir orang dewasa yang ingin mengislahkan para remaja agar kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kita perlu turut serta dalam perkembangan teknologi digital dan sama-sama menyaingi remaja di alam maya. Contoh, Face Book (FC), blog, YM dan lain-lain lagi.


Kak Aryati Arifin, salah seorang AJK program merupakan senior USM yang telah berusaha keras dalam memastikan diriku berada di jalan ini pada hari ini. Terima kasih K.R. Semoga kita terus istiqamah meneruskan perjuangan yang penuh berliku ini.


Bengkel ABJZ, bukan sekadar teori. Dalam menjalani aktiviti kumpulan, peserta diberikan kajian kes berkisar masalah, cinta dan seks remaja. Mereka diberikan soalan berpandu dan hasil perbincangan kumpulan akan dibentangkan di hadapan peserta yang lain. Mencabar juga rupanya nak turun ke aras pemikiran remaja bermasalah ni ye. Membuat sendiri 'homework' iaitu turun padang melaksanakan aktiviti nahi mungkar memudahkan kita membantu dan membimbing remaja bermasalah kembali ke pangkal jalan.

Kaunselor dari Politeknik turut serta mengambil bahagian dalam memberi idea dan buah fikiran dalam aktiviti kumpulan. JKM juga telah menghantar dua orang kaunselor menyertai kursus ini.


Barisan 'traners' bersama sebahagian jawatan kuasa penganjur program. Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa kerja TOT ABJZ Negeri Sembilan kerana menjayakan program ini. Alhamdulillah, teruskan usaha kalian. ANDA BIJAK JAUHI ZINA!

Saturday, March 21, 2009

Berdakwah Kepada Non Muslim.


Hari Kedua Kursus Kemahiran Kaunseling Dan Kesukarelawan
22 Mac 2009 (Ahad)



Brother Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre
menyampaikan Kaedah Berdakwah Kepada Non Muslim.



Dakwah mesti bermula dengan niat yang ikhlas dan kasih sayang.
Keindahan akhlak amat penting sebagaimana baginda Rasulullah s.a.w
digambarkan mempunyai akhlak yang sangat terpuji dan sentiasa "welcome"
kepada sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya tanpa mengira
batas usia, keturunan, warna kulit malahan jantina.




Yahya Lukman sedang menceritakan kisah Joannes Lukas dalam pencarian Nur Illahi. "Holy Water" menjadi nohtah hidayah buatnya membuat kajian yang lebih mendalam tentang agamanya sendiri (Kristian Kotalik) dengan Agama Islam.




"Awak yakin ke dengan agama Kristian?". Persoalan yang begitu menggetarkan jiwa sehingga terkedu seketika untuk menjawab soalan yang dilontarkan. Joannas Lukas terus mengkaji dan mendalami agama sehingga membeli Al-Quran terjemahan Ar-Rahman. Alhamdulillah, akhirnya Joannas Lukas menemui Mutiara yang dicari-carinya dan melafazkan syahadah sebagai tanda kensyukuran terhadap ketenangan hidup yang ditemuinya. Kini, beliau juga dikenali sebagai Yahya Lukman.



Tiga tahun merahsiakaan keIslamannya, terus masuk ke gereja untuk menjaga identiti sebelum bersedia mengisytiharkan aqidah barunya. Tempoh tiga tahun yang sangat sukar. Pergi ke gereja umpama berlakon dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendalami Bible dan kesesatan di dalamnya. Di dalam gereja, kebanyakan paderi di Malaysia hanya membaca sebahagian ayat tanpa menghabiskan ayat tersebut. Kemudian, paderi akan menterjemahkan mengikut kefahamannya sendiri. Berbeza dengan al-Quran, kefahaman tentang sesuatu ayat perlu dirujuk kepada hadis-hadis nabi dan tafsiran ulamak-ulamak yang thiqah.


"Saya menjadi Muslim bukan kerana paksaan atau pengaruh sesiapa dan bukan kerana seorang wanita, tetapi hanya daripada kajian dan berdiskusi untuk mencari kebenaran, Allah itu Esa, tiada yang serupa dengannya." Antara isi kandungan surat Yahya Lukman kepada keluarganya semasa mengisytiharkan keIslamannya.








Kursus Kemahiran Kaunseling & Kesukarelawan, 21 dan 22 Mac 2009. Anjuran bersama Raudhatus Sakinah dan Hidayah Centre.


Profesor Madya Muhamad Rozalli Hashim sebagai 'speaker' utama Kemahiran Kaunseling. Berpengalaman sejak tahun 1998 dalam bidang bimbingan. Kini menjadi Pembimbing di Raudhatus Sakinah.


Peserta tekun mendengar penyampaian oleh PM Muhammad Rozalli Hashim.


Ummi Rosses sedang membacakan kes untuk dibincangkan di dalam bengkel.


Perbincangan dalam kumpulan dalam sesi Bengkel Kemahiran Kaunseling.



Penyampaian hasil perbincangan dalam kumpulan. Dua kes yang dibawa sekitar kisah benar
permasalahan remaja yang dirujuk ke RS.

Perkongsian kemahiran yang diperolehi:
1) Setiap diri manusia khususnya du'at telah mempunyai ciri-ciri membimbing di dalam diri masing-masing.
2) Niat membimbing mestilah jelas membantu klien kerana Allah.
3) Pembimbing menunjuk jalan yang seharusnya dipilih oleh klien bagi menyelesaikan masalah mereka.
4) Penuh yakin, sesungguhnya Allah akan membuka jalan kepada orang-orang yang berusaha membantu agama Allah.
5) Janganlah merasa sedih jika orang yang dibimbing tidak berubah kepada tingkah laku yang yang sepatutnya. Tugas kita hanyalah menyampaikan, hak memberi Hidayah adalah hak mutlak Allah swt.






Program akan disambung esok dengan pengissisn daripada Hidayah Centre.

Sunday, December 7, 2008

Bila anak bertanya – Kenapa semua orang tak tolong dia?.

Adalah menjadi rutin harianku menidurkan anak-anak pada setiap malam apabila tiada mesyuarat ataupun perjumpaan usrah. Anak-anak seramai empat orang, satu persatu akan menceritakan tentang pengalaman harian masing-masing.


Minggu terakhir persekolahan biasanya kehadiran pelajar ke sekolah agak kurang memberangsangkan. Ditambah lagi pada hari terakhir persekolahan. Namun, aku melihat dua orang anak-anakku yang sulung ( sembilan tahun) dan kedua (tujuh tahun) begitu bersemangat ke sekolah.


Pada sebelah malamnya, tiba giliran anakku yang kedua berkongsi cerita pengalamannya pada siang hari, "Di sekolah kebangsaan tadi Mu’adz rasa bosan la ummi.” Anak keduaku memulakan cerita. "Mengapa ?” Soalku. Jauh di benak hatiku terasa kasihan dan tergambar kebosanan hidup seorang anak kecil apabila tiada aktiviti nak dilakukan di dalam kelas. Semenjak peperiksaan akhir tahun tamat, aku selalu memastikan anak-anak menbawa bahan bacaan tambahan ke sekolah. "Kawan-kawan kat kelas ramai yang tak hadir”. Jawabnya. "Hari ini kan penyampaian hadiah kat sekolah Muadz. Muadz tak pergi dewan ke tengok majlis tu?” Soalku lagi. "Muadz nak tengok, tapi pengawas tahan dan tak bagi masuk dewan. Dia suruh masuk ke dalam kelas”. Jawabnya dengan nada terkilan. "Lepastu Muadz pergi mana?” Tanyaku lagi. "Duduk kat kelas je la. Cikgu sorangpun tak masuk kelas. Semuanya sibuk kat dewan” Sambungnya lagi.


"Balik macamana?” Aku meneruskan soalan. "Van datang macam biasa. Anak India jiran kitapun naik sekali” Jawabnya. "Budak India yang mana satu ni? Rumahnya depan rumah kita ye?” Sambungku lagi. "Bukan. India yang beragama Kristiantu” Jelas anakku lagi. "Oh!... budak perempuantu namanya Sally”. Kataku. "Apa Kristiantu ummi?”. Anakku memulakan soalan baru.


"Agama Kristian asalnya daripada agama umat Nabi Isa, anak kepada Maryam. Pada mulanya agama Kristian ini disebut Nasara seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mereka juga menyembah Allah Yang Esa. Sama juga dengan kita, orang Islam. Lama kelamaan bila Nabi Isa dah tiada, agama ini telah disesatkan. Kalau Nabi Muhammad, Allah turunkan kitab Al-Quran macam yang kita baca setiap hari, Agama Kristianpun ada kitabnya sendiri. Namanya kitab Injil atau sekarang lebih dikenali sebagai Bible. ” Aku memulakan cerita tentang Kristian. Penuh khusyuk semua anak-anakku mendengar ceritaku.



"Tapikan.....anak-anak, bila sudah disesatkan, penganut Kristian menyembah Tiga Tuhan”. "Ah? Macamana pulak Tuhan jadi Tiga, ummi. Macamana boleh jadi sesat?” Hairan anakku mendengar ada Tiga Tuhan. "Islam percaya Tuhan di dunia ni Satu sahaja. Ia disebut sebagai Ahad, salah satu daripada nama-nama Allah . Qul hu wallahu Ahad. Katakanlah, dialah Tuhan yang Maha Esa. Esa tu maknanya Tunggal, Satu sahaja. Orang Kristian, mereka percaya ada Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Anak Tuhan. Nabi Isa tu mereka kata anak Tuhan. Orang-orang Kristian fikir Tuhan tu macam manusia. Ada ibu bapa, ada anak. Pendita atau disebut juga paderi, para alim ulama Kristian dah tambah-tambah ajaran agama ikut suka mereka. Tu la sebabnya akhir zaman Allah utuskan Nabi Muhammad untuk membawa semula manusia kepada Tuhan yang sebenar. Semua kerja-kerja jahat paderi kristian yang menukar isi kandungan kitab Injil, Allah beritahu kita di dalam Al-Quran. Dalam Injil juga ada ceritakan pasal kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman. Dalam kitab Nabi Musa pun Allah ceritakan. Hemmm... kelahiran Nabi Muhammad ni salah satu perkara yang dipadam, macam delete tulisan kat komputer tu” Tambahku dengan penuh eksprisi.


"Kesiannya orang-orang Kristian kan ummi. Dah jadi orang kafir pulak. Nanti kat akhirat masuk api neraka”. Anakku mula merasa sedikit cemas mengenangkan nasib akhir penganut-penganut Kristian. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. "Kenapa semua orang tak tolong ummi?”. Mu’adz menyambung persoalan. "Kat sinikan ramai orang Islam, kenapa semua orang tak tolong jiran kita tu?”. Terkedu aku mendengar soalan cepu emas dari generasi Z, penyambung dakwah ar rasul akhir zaman. Ya Allah, betapa dhaifnya diriku ini. Terbayang-bayang wajah Brother Muhammad, Akh Kamaruzaman dan K.Ros beserta suaminya yang terus gigih melakukan dakwah kepada non muslim. Allahuakhbar! Belum satupun syiar Islam pernah kusampaikan kepada keluarga jiranku itu. Tiada jawapan tepat dapat kuberikan kepada persoalan anakku ini. Aku hanya berkata, "Ya lah anak-anak, semua kita mesti bantu jiran kita. InsyaAllah, pada masa dan keadaan yang sesuai nanti, kita cerita pasal Islam kat mereka ye. Dah lewat malamni, semua orang baca doa tidur. InsyaAllah, Allah pasti sentiasa memelihara kita”. Begitulah aku menamatkan perkongsian malam itu. Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur kerana perbualan kami menunjukkan fikrah Islam mula meresap masuk ke dalam diri anak-anakku. Allahuakbar!!!


Duta Vista
Kuala Lumpur
5 Disember 2008

Anda Bijak Jauhi Zina

Anda Bijak Jauhi Zina
“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)