Wednesday, December 26, 2007

Success is a journey not a destiny !

55 orang dapat "straight A's". Fuh! Alhamdulillah.. Allahu akhbar!

Begitulah keputusan PMR 2007, SMKBRP. Pencapaian lulus meningkat 2% iaitu daripada
77% kepada 79%. Semua tenaga pelajar menarik nafas lega penuh kesyukuran. 4 orang mendapat 9A iaitu pelajar-pelajar dari Kelas Aliran Agama, 44 orang mendapat 8A dan 7 orang mendapat 7A. Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus merialisasikan unjuran PMR 2007. Pastinya semua warga SMKBRP merasa gembira dengan kejayaan ini.

Jauh di sudut hati ini terfikir juga, ke mana ye pelajar-pelajar ni selepas ini? Tingkatan 4 nanti pilih elektif apa? Akan masuk ke sekolah berasrama penuh ke? ataupun mungkin sekolah Teknik? Alah...... biasa la tu. Semuanya fenomena biasa selepas PMR diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesuatu yang luar biasa terus menghantui fikiran ini. Berjayakah mereka semua menjadi modal insan yang mampu menyambung dan menerajui perjuangan memajukan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan ? Lebih jauh dari itu, mampukah anak-anak didik ini memakmurkan bumi tempat tinggal semua semua yang bergelar manusia ? Dapatkah mereka melihat di luar sana, kerakusan manusia meyembelih manusia yang lain semata mata kerana rakuskan kuasa ? Manusia lemah terus-terusan ditindas dan hak mereka dinafikan ? Ayuhlah anak-anak bangsaku, bukalah mata hatimu dan lihatlah dunia ini dengan fikiran terbuka.


Sebenarnya amat betul kata pujangga "success is a journey, not a destiny". Kejayaan hanyalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi. Dua tahun selepas PMR, SPM pula menanti. Tamat SPM, masuk kolej atau universiti. Selepas tu nak fikir tentang kerja yang sesuai pulak. Kemudian, tentulah inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Lepastu apa lagi ye ? Kerjaya yang lebih mantap ? Poket yang lebih kencang ? Bilangan anak-anak yang berderetan ? Bilangan isteri yang bertambah, ya kata orang nak ikut sunnah nabi, cukupkan kota empat orang ? Ya, itulah sebenarnya dunia.


Modal insan perlu anjakan paradigma untuk melihat bahawa kejayaan bukanlah terletak pada keputusan peperiksaan semata-mata. Mereka hendaklah mampu melihat, memahami ke manakah destinasi sebenar kehidupan ini. Sejak dari awal kejadian diri bermula dari persenyawaan sperma dan ovum, kemudian membentuk segumpal darah yang melekat di dinding rahim ibu, seterusnya membesar sehingga kandungan mencecah 36 minggu hingga 40 minggu, dengan penuh perjuangan tanpa mengira titisan peluh dan air mata hatta limpahan darah yang membasahi bumi, lahirnya diri kita sebagai seorang insan. Apalah agaknya tujuan kita hidup di dunia ini? Cukupkah sekadar untuk menjawat jawatan yang tinggi bila dewasa kelak? Atau, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Bagaimana pula nasib rakan-rakan yang tidak mendapat straight A's ataupun langsung tidak mendapat A? Tidak cemerlangkah mereka ? Jawapannya tentu sekali "anda juga insan yang cemerlang". Manakan tidak, usaha telah dilakukan seoptimum mungkin. Segala teknik belajar telah diaplikasi sebaiknya cuma.... keadaan belum memihak kepada kita kerana mungkin kita begitu sukar memahami pelajaran seperti mana yang sepatutnya kita fahami. Atau mungkin kita sendiri memang tidak cenderung kepada akademik. Semuanya membebankan dan begitu membosankan. Adakah anda salah seorang yang merasakan seperti ini? Anda adalah seorang yang normal jika merasa begitu!

Keluarlah dari kotak pemikiran biasa masyarakat bahawa yang cemerlang akademik itulah yang terbaik. Yang terbaik di dunia ini sebenarlah ialah mereka yang jelas ke mana arah destinasi sebuah kehidupan dan melihat bahawa dunia ini hanyalah tempat mengumpul sebanyaknya bekal buat kehidupan yang abadi di akhirat nanti. Setiap manusia dianugerahkan keistimewaan atau bakat yang tersendiri . Apapun keupayaan dan kelebihan diri, jadikanlah ianya sebagai alat untuk lebih mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta. Menciptakan diri manusia dengan begitu halus dan seni sekali. Robot ciptaan manusia yang paling canggihpun tidak mampu menandingi keindahan dan keagungan kejadian manusia.

Nah! apa tunggu-tunggu lagi? Sesungguhnya kejayaan ini diukur dari segi usaha yang dilakukan. Lagi banyak usaha lagi banyak pahala. Wahai anak bangsaku, ayuhlah bangkit dan teruskan usahamu. Kukuhkanlah jati dirimu dan kuatkan semangat juangmu. Kejayaan atau kegagalan hari ini bukanlah penentu kejayaan atau kegagalan pada hari esok. Kejayaan pada hari ini adalah pemangkin untuk kejayaan pada masa-masa akan datang. Kegagalan mu pada hari ini pula adalah sebagai noktah perubahan untuk kau terus maju dan pastinya tidak akan mengulangi kesilapan pada masa lalu. Semua kita BOLEH! Yes! go! go! go! Allahu akhbar!

Pendidik Mithali
(He he he... ye la tu)

1 comment:

jauharee said...

salam...success is our journey, in life bknnye destiny...mmg sgt kena n student2 now @ anak didik kita (insy coming soon, doakan ye)perlu realize it n dgn kejayaan itu mereka perlu memikirkan cmna akan dtg, their life n many thing n esp their peranan dlm membangun ummah nnti...as my experience yg pernah success, failed n success n a lot of series naik turun ni dlm sejrh hidup student ni, kita akan terasa bhw success tu adalah jalan utk kita melangkah but bknla maksud bila x success xde jln utk melangkah plk...n x success tu pun juga memberi jln utk kita...jgn kita terlalu obses dgn kejayaan sbb yg kedepan tu masih jauh lagi...kita x tahu kita akan terus success atau tak...
moga k'aini terus diberi kekuatan utk mendidik anak bangsa nnti...allahuakbar

Anda Bijak Jauhi Zina

Anda Bijak Jauhi Zina
“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)