Peperiksaan SPMV 2007, masih tinggal dua kertas lagi yang perlu diduduki. Kertas terakhir akan diambil pada 5 Disember 2007 mengikut pilihan pelajar masing-masing.
Sebenarnya, setelah lapan tahun menjadi guru di sekolah kerajaan, inilah kali pertama pengalaman mengawas peperiksaan SPM. Dua jam setengah dan tiga jam mengawas untuk sesuatu kertas, bunyinya agak membosankan. Tetapi, jika anda diberi tanggungjawab sebagai ketua pengawas ataupun timbalan ketua pengawas, pastinya rasa bosan tidak terasa sama sekali. Dapat pula mengendalikan calon seramai 235 orang. Ditambah lagi tujuh subjek pilihan vokasional.
Melihat calon-calon begitu tekun menjawab soalan peperiksaan, teringat pula soalan yang begitu mengetuk mindaku pernah ditanya oleh salah seorang sahabatku Dr MS yang mengajar di sebuah IPTA. "Why 9A1's students cannot perform well in university? Apa cikgu sekolah buat ye ? I mean, ....bla..bla..bla...." Dari komen Dr MS, sekolah memang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan khususnya SPM yang melayakkan pelajar-pelajar ini melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Tapi malangnya.... mereka yang cemerlang ini tidak menunjukkan kecemerlangan khususnya apabila diberi tugasan. Mereka dilihat seolah-olah langsung tak boleh memberi idea, apatah lagi generate idea.
Ha..ha....hem.... Aku la cikgu sekolah tu ye? 2007 adalah tahun ke lima aku diberi kepercayaan mengajar subjek Additional Mathematics, dan tahun ke empat mengajar pelajar-pelajar tingkatan lima subjek ini. 2004, 2005 dan 2006 aku soranglah guru yang mengajarnya untuk ke empat-empat kelas tingkatan lima. Dan setiap tahun, pencapaian sentiasa bertambah baik. 2004- 64.8%, 2005 - 76.4% dan 2006 - 80.6%. Bilangan A1 pula semakin bertambah. Aku memang rasa amat bersyukur dengan kenaikan ini kerana mudah nak menjawab sewaktu mesyuarat post moterm SPM di sekolah.
Namun begitu, jauh di benak hatiku aku sebenarnya langusng tidak merasa puas mendidik anak-anak muridku di sekolah. Setiap tahun, pada awal sesi persekolahan, warga guru akan dimaklumkan sasaran pencapaian peperiksaan yang seharusnya dicapai untuk PMR dan SPM untuk peringkat daerah dan kebangsaan. Kemudian, kami akan tetapkan unjuran sekolah. Inilah sebenarnya core bisness sekolah yang mana melalui kecemerlangan inilah sekolah mudah mendapat nama. Pengarah Pelajaran Negeri tempat ku bertugas ( baru dilantik pertengah tahun ini) pula terang-terangan menyatakan akademik adalah fokus utamanya.
Sebenarnya aku melihat "sistem" yang sebenarnya bermasalah. Lihat sahaja Kementerian Pendidikan dari segi nama telah ditukar kepada Kementerian Pelajaran. Sewaktu alam universiti dahulu, aku begitu kagum dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ku yakini bakal melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Namun kini, aku agak begitu menyesal kerana pendidikan yang begitu penting peranannya dalam mencorak generasi yang akan meneruskan kepimpinan negara ini, dengan mudahnya diubah begitu dan begini sesuka rasa. Tukar sahaja kepimpinan, bertukarlah dasar. Paling malang, dasar ditukar atas kepentingan politik untuk mandapat nama semata-mata. Tiada kajian ataupun penyelidikan dibuat sebelum sesuatu dasar dibuat. Malas rasanya nak cerita banyak-banyak. Apatah lagi siapalah aku nak bercerita pasal dasar ni?
Menjawab persoalan Dr MS, sekolah sebenarnya menyediakan program-program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan. Ibubapa juga tidak kurang usahanya dalam memastikan kecemerlangan anak-anak sehingga ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk menghantar anak ke pusat-pusat tuisyen. Guru-guru juga sentiasa diberi pendedahan skema pemarkahan terkini untuk subjek-subjek yang diajar. Setiap kali waktu mengajar di dalam bilik darjah, penekanan teknik menjawab sangat-sangat diambil berat. Manalah anak murid tak cemerlang peperiksaan? Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! ....... "Exam oriented lak pulak jadinya". Diringkaskan cerita, pelajar-pelajar sekolah ni macam di "spoon feed". Maka tak hairanlah "9A1's students cannot perform well in university"
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment